Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Penjenayah parah kena tembak



ANGGOTA polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian seorang penjenayah cedera parah ditembak ketika menetak seorang Datuk di Jalan Empat, Off Jalan Chan Sow Lin semalam. Gambar kecil ialah keadaan suspek yang parah ditembak.


KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki menyerang seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mengundang padah apabila salah seorang daripada mereka parah ditembak oleh seorang pengawal peribadi di sebuah warung di Jalan Empat, Jalan Chan Sow Lin di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa dikatakan sedang bersarapan bersama seorang rakannya yang juga bergelar Datuk serta ditemani seorang pengawal peribadi sebelum didatangi dua lelaki warga tempatan.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner, Chong Kok Sin berkata, dua lelaki terbabit kemudian bertindak menetak mangsa menggunakan dua bilah parang pada kepala dan badan mangsa.
“Pengawal peribadi tersebut kemudian bertindak melepaskan tujuh das tembakan menggunakan sepucuk pistol jenis Glock 99 ke arah salah seorang suspek bagi mempertahankan mangsa.
“Suspek yang terkena tembakan rebah manakala rakannya berjaya melarikan diri dengan menaiki sebuah kenderaan pa­cuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki yang juga rakan mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0112&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3wyQanyKl 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment