Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Pembantu kedai roti maut digilis

Pembantu kedai roti maut digilis

21 JANUARI 2016

 JOHOR BAHRU - Seorang pembantu kedai roti maut digilis treler selepas terjatuh dari basikal yang ditunggangnya dalam kemalangan di KM96 Jalan Besar Parit Perpat, Rengit dekat Batu Pahat, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Supt K.S. Mender Singh berkata kejadian pada pukul 1.10 tengah hari itu menyebabkan mangsa, Fatimah Bakran, 52, dari Kampung Sungai Tongkang Tembok, Rengit, meninggal dunia di tempat kejadian.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler dipandu Razali Taibon, 41, dari arah simpang jalan menghala ke Senggarang sedang membelok sebelum basikal ditunggang Fatimah dari arah bertentangan terlanggar treler berkenaan," katanya yang dihubungi di sini.  
Mender Singh berkata akibat pelanggaran itu, Fatimah terjatuh dari basikalnya lalu digilis tayar hadapan sebelah kanan treler itu.  
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk dibedah siasat.  
Razali yang berasal dari Parit Saidi, Senggarang tidak mengalami sebarang kecederaan, namun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya. - Bernam
a

No comments:

Post a Comment