Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Pemandu teksi cedera dihentak batu

Kuala Terengganu: Pemandu teksi warga emas cedera di kepala, muka dan tangan selepas dihentak pelanggannya menggunakan batu dalam kejadian samun di kawasan Pelabuhan Chendering, di sini, kira-kira 3 petang tadi.
Mangsa yang berusia 68 tahun itu kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah.
Sebelum kejadian, suspek yang juga lelaki meminta berhenti di pelabuhan Chendering.
Sumber berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, suspek tiba-tiba membuka pintu lalu mengambil batu yang ada di luar sebelum memukul kepala mangsa.
"Suspek kemudian melarikan diri bersama beg duit mangsa dan kejadian menimpa mangsa disedari seorang lelaki berusia 36 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan yang melihat mangsa dipukul suspek," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 9:10 PM


Keadaan mangsa yang disamun dan dihentak dengan batu. FOTO Ihsan pembaca
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106514#sthash.xyvkhH7U.dpuf

No comments:

Post a Comment