Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Pecah masuk rumah jiran

Kajang: Tiga penyamun termasuk seorang warga Indonesia ditahan kerana memecah masuk rumah jirannya dalam kejadian di pangsapuri Taman Impian Ehsan, Balakong, semalam.
Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, wanita berusia 34 tahun pulang ke rumahnya di tingkat dua pangsapuri itu sebelum menyedari pintu rumahnya terbuka dan ruang tamu dalam keadaan berselerak.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, mangsa yang kerugian RM1,000 membuat laporan di balai polis berhampiran sebelum suspek berusia antara 28 hingga 35 tahun itu ditahan.
"Hasil siasatan berjaya menahan suspek yang juga jiran mangsa. Tiga suspek yang tinggal di tingkat tujuh itu mencuri televisyen dan beberapa barangan elektrik lain untuk dijual.
"Susulan itu, polis turut menahan dua lagi lelaki yang membeli barangan curi itu dengan harga murah," katanya.
Menurutnya, semua yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 kerana pecah rumah.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 9:32 PM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106517#sthash.jslqg38e.dpuf

No comments:

Post a Comment