Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Mereka 'kebal'

Ali berkata, lelaki berusia 70-an itu mula menyampaikan ajaran berkenaan pada 1990-an selepas menamatkan khidmat sebagai anggota penyiasat ajaran sesat di Johor Bahru.
“Setahu saya, pengikut ajaran ini tidak ramai di Kuala Pilah, tetapi dari daerah dan negeri berhampiran.
“Boleh dikatakan ribuan pengikut taasub mengikuti pengajian sehinggakan mereka mengumpul wang sendiri membina surau baru yang diperbuat daripada simen dan batu,” katanya.
Menurut Ali, pada 1990-an sehingga sekitar tahun 2000, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) banyak kali menyerbu surau berkenaan.
“Namun JHEAINS gagal mengheret ketua ajaran itu ke mahkamah kerana kurang bukti selain maklumat operasi bocor di tengah jalan,” katanya.
Jelasnya, ini kerana pengikut ajaran terbabit dianggotai bekas anggota keselamatan dan tentera berpencen selain masih ada yang berkhidmat.
“Ini kekebalan dimiliki mereka,” katanya memaklumkan surau baru yang dijadikan markas ajaran yang terletak kira-kira 500 meter dari jalan utama kampung itu.
Katanya lagi, sewaktu mula menyampaikan ajaran, penduduk kampung berkenaan tidak berminat mengikutinya kerana bertentangan dengan al-Quran.
“Apabila ribuan pengikut dari luar memberi sokongan, penduduk kampung ini seperti membuka mata untuk mengikut sama ajaran itu.
“Ini amat membimbangkan kerana JHEAINS dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memfatwakan ajaran itu sesat,” katanya.
Harian Metro semalam melaporkan, Ajaran Pakcu Baharin yang berpangkalan di daerah ini sangat berpengaruh dan diasaskan bekas anggota keselamatan yang pernah bertugas memantau ajaran sesat.
Menurut laporan, biarpun ajaran itu difatwakan sesat oleh JHEAINS dan JAKIM, ia masih kebal kerana memiliki ramai pengikut membabitkan anggota keselamatan yang lain.
Laporan itu menyebut, antara intipati ajaran adalah menurunkan tafsiran bercanggah daripada pengertian al-Quran selain pengasasnya memiliki kitab dikarang sendiri berdasarkan logik akal.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:14 AM

PAKCU Bahrin memotong reben simbolik pelancaran madrasah di Kampung Gachong.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109506#foto

No comments:

Post a Comment