TELUK INTAN - Seorang pengamal perubatan tradisional mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencabul kehormatan seorang pesakit awal bulan ini.
Roslan Omar, 44, dituduh melakukan kesalahan itu ke atas seorang wanita berumur 31 tahun semasa proses rawatan di sebuah rumah di Jalan Pasar Bagan Datoh dekat sini antara pukul 3 pagi hingga 6 pagi, 2 Januari lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Safiyatun Ahmadun.
Majistret Siti Hanum Mohmad Sah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000
dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Februari untuk sebutan semula kes serta lantikan peguam. -Bernam
a