SAN DIEGO - AMERIKA SYARIKAT. Pihak berkuasa telah mengenalpasti identiti seorang lelaki yang maut terjatuh tebing di San Diego semasa leka menggunakan alatan elektronik dipercayai telefon bimbit atau kamera.
Pegawai perubatan berkata, Joshua Burwell, 33, dari Sheridan, Indiana melawat selatan Carlifornia semasa dia terjatuh dari ketinggian 40 kaki dari tebing.
Sementara itu, ibu mangsa, Sharyle Burwell berkata di dalam Facebooknya, Joshua maut ketika mengambil gambar dan  meninggalkan seorang anak lelaki.
Anggota penyelamat  San Diego, Bill Bender dipetik AP, berkata, saksi melaporkan lelaki berkenaan sedang asyik melihat alatan elektronik sebelum terjatuh.
Dalam pada itu, pemeriksa perubatan berkata, pengunjung yang berada di lokasi kejadian cuba membantu dengan melakukan bantuan pernafasan namun dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian
.