SUNGAI PETANI - Seorang lelaki cedera parah selepas motosikal ditunggangnya berlanggar dengan sebuah lori sayur di jalan berhampiran Flat Paya Nahu, dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, lelaki itu dikenal pasti sebagai B. Yogeswaran, 30, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim di sini.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa memasuki arah bertentangan jalan dan sebuah lori yang berada di laluan itu tidak sempat mengelak lalu terlanggar motosikal itu.
"Pemandu lori tidak mengalami kecederaan," katanya kepada Bernama, hari ini. - Bernam
a