Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Lelaki hilang terjatuh laut

Hutan Melintang : Lelaki hilang selepas terjatuh ke dalam laut berhampiran Jeti Bagan Datoh di sini, malam tadi.
Dalam kejadian 8.50 malam, mangsa yang terjatuh dikenali sebagai Mohd Fairul Nizam Ahmad, 37.
Jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada 9.10 malam dan tiba di tempat kejadian 14 minit kemudian.
"Berdasarkan maklumat awal mangsa tinggal di Batu 22, Kampung Sungai Haji Muhamad, Selekoh, di sini," katanya.
Sementara itu, jurucakap bomba dan penyelamat negeri pula berkata, pihaknya melakukan tugas mencari mangsa secara permukaan malam tadi namun gagal menemuinya.
Difahamkan operasi turut disertai Pasukan Sukarelawan Malaysia (RELA), polis dan nelayan.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa disambung pagi ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 10:18 AM


JETI Bagan Datoh FOTO ihsan JPAM, Bomba
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106921#sthash.XaQVlVU5.dpuf

No comments:

Post a Comment