Search This Blog

Friday, January 8, 2016

Lelaki Didakwa Ugut Bunuh PM Kemboja Di Facebook


Diterbitkan: Jumaat, 8 Januari 2016 7:13 PM
Lelaki (tengah, baju biru) yang didakwa kerana mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh terhadap Perdana Menteri Kemboja dibawa ke mahkamah perbandaran Phnom Penh pada Jumaat. Foto AFP

PHNOM PENH: Seorang lelaki warga Kemboja didakwa membuat ugutan bunuh terhadap perdana menteri negara itu, Hun Sen menerusi satu kenyataan di laman sosial Facebook, lapor media tempatan pada Jumaat.
Lelaki berusia 25 tahun itu didakwa sebagai individu di sebalik kenyataan dengan meramalkan 7 Januari iaitu ulang tahun kejatuhan Khmer Rouge oleh tentera Vietnam sebagai hari kematian Hun Sen.
"Dia ditahan semalam (Khamis). Dia dibawa ke mahkamah perbandaran Phnom Penh pagi ini," kata Am Sam Ath, seorang aktivis bagi kumpulan hak asasi tempatan Licadho kepadaAFP.
Lelaki berkenaan bedepan dengan hukuman penjara selama dua setengah tahun sekiranya didapati bersalah kerana mengeluarkan kenyataan ugutan bunuh serta menghina perdana menteri. - AFP

1 comment: