Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Lelaki cedera parah ditembak


23 Januari 2016 12:31 AM



PONTIAN 22 Jan. – Seorang lelaki yang bekerja sendiri cedera parah selepas terkena tiga das tembakan dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Teratai, Pekan Nanas, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi itu, mangsa yang berusia 61 tahun terkena tembakan di dada dan lengan kiri.
Ketua Polis daerah, Pemangku Superintenden Zakaria Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku ketika mangsa baru sahaja pulang ke rumah selepas minum bersama rakan-rakannya di Jalan Sawah, Pekan Nanas.
“Sebaik sahaja tiba di rumah, mangsa didatangi oleh seorang lelaki memakai baju kemeja T berwarna putih, bertopi dan berseluar gelap sebelum melepaskan tiga das tembakan dari jarak kurang tiga meter.
“Mangsa terus melarikan diri ke rumah abang­nya yang terletak berhampiran untuk meminta bantuan, manakala penye­rang tersebut turut melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Zakaria berkata, mangsa telah dihantar ke Hospital Pontian oleh abangnya sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.
Ujarnya, pemeriksaan lanjut pihak polis di lokasi kejadian mene­mukan peluru dipercayai daripada sepucuk revolver, selain terdapat kesan goresan pada tiang batu rumah mangsa.
“Bagaimanapun, kawasan tersebut ti­dak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) dan kita tidak menolak kemungkinan kejadian itu bermotifkan dendam,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/lelaki-cedera-parah-ditembak-1.182395#sthash.yTMYzzcf.dpuf

No comments:

Post a Comment