Search This Blog

Sunday, January 24, 2016

Kes bauksit: Empat individu dibebas selepas keterangan diambil

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 11:46 AM
Oleh Irwan Shafrizan Ismail irwansha@bh.com.my



PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai mengambil keterangan empat individu, termasuk seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk berhubung siasatan membabitkan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang. Difahamkan, semua individu berusia 34 tahun hingga 50 tahun itu dibebaskan kira-kira jam 10.30 pagi tadi selepas tempoh tahanan reman mereka tamat hari ini. Perkara terbabit disahkan peguam yang mewakili dua daripada empat individu berkenaan, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. Khamis lalu, Majistret Eric Lau membenarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap empat individu terbabit bagi membantu siasatan membabitkan kes rasuah perlombongan bauksit di Pahang. Selain Datuk yang juga bekas pegawai kanan sebuah agensi kerajaan itu, turut direman adalah seorang wanita yang juga pekerja sebuah syarikat perlombongan, seorang peguam dan seorang penjawat awam, yang juga pegawai kanan di Jabatan Mineral dan Geosains Pahang. Mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 iaitu menggunakan dokumen yang mengandungi maklumat palsu berkaitan perlombongan bauksit di Pahang.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117543

No comments:

Post a Comment