Search This Blog

Sunday, January 24, 2016

Kapal tenggelam di Nicaragua, 13 terbunuh

AHAD, 24 JANUARI 2016 @ 10:35 AM

MANAGUA: Sekurang-kurangnya 13 terbunuh, semalam apabila kapal yang membawa 32 pelancong dari Amerika Tengah dan Amerika Syarikat tenggelam di Pulau Little Corn di Caribbean, Nicaragua akibat angin kencang. Jurucakap kerajaan Nicaragua dan wanita pertama, Lady Rosario Murillo, berkata 13 daripada 32 penumpang yang terbunuh adalah warga Costa Rica. Katanya, penumpang lain yang terselamat dibawa ke Pulau Big Corn. Kepulauan Corn terdiri daripada Pulau Big Corn dan Pulau Little Corn, yang terletak hampir 70 kilometer dari tanah besar Nicaragua. Walau agak terpencil, ia semakin terkenal dalam kalangan pelancong. Menteri Luar Negara Costa Rica, mengenal pasti sembilan rakyatnya yang lemas, dua daripadanya bermastautin di Amerika Syarikat. Kenyataan awal menyebut 25 warga Costa Rica, empat AS dan tiga Nicaragua berada di atas kapal kecil itu yang berdepan masalah selepas dilanda angin kencang dekat Pulau Little Corn. Menurut Media, kapten yang juga pemilik kapal itu ditahan selepas diselamatkan untuk tujuan siasatan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/117520

No comments:

Post a Comment