JIANGXI - CHINA. Lagi insiden melibatkan tangga bergerak di China.
Terbaharu seorang kanak-kanak kudung jari selepas tanganya tersepit di tangga bergerak sebuah pusat membeli belah di bandar Ji'an, di sini.
Memetik laporan NetEase, kanak-kanak perempuan berkenaan dilaporkan terjatuh ketika cuba naik ke tingkat dua sehingga menyebabkan tangannya tersepit pada tangga itu.
Dia kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan.
Difahamkan, insiden berlaku ketika bapanya leka berborak dengan rakannya manakala ibu mangsa berada di sebuah restoran berdekatan lokasi kejadian.
Seorang pekerja penyelenggaraan berjaya mengambil jari kanak-kanak malang itu yang terputus namun tidak diketahui sama ada pakar bedah berjaya menyambungnya semula pada tangan mangsa.
Dalam pada itu, pihak berkuasa keselamatan tempatan sedang menyiasat kejadian itu
.