Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Jumpa janin di tangga masjid

Subang Jaya: Seorang lelaki terkejut apabila bungkusan yang disangkakan kuih di tangga masjid di SS15 di sini rupannya janin berusia empat bulan.
Dalam kejadian 8 pagi semalam, lelaki terbabit datang ke masjid untuk memanggil adiknya pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, lelaki itu bertindak membuka plastik itu sebelum menemui kotak di dalam yang dikerumuni semut.
"Dia terkejut melihat janin yang dibalut dengan sapu tangan sebelum memberitahu perkara berkenaan kepada imam masjid.
"Susulan daripada itu satu pasukan polis dikerah ke lokasi bagi melakukan siasatan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 12:53 PM

No comments:

Post a Comment