Search This Blog

Tuesday, January 5, 2016

Jalan balak rosak punca boikot


Keadaan jalan balak yang berlumpur mengakibatkan kenderaan Jakoa yang digunakan untuk mengangkut murid Orang Asli di sekitar Kampung Gawin terkandas Sabtu lalu.


KOTA BHARU – Jalan balak yang tidak boleh dilalui kenderaan menjadi punca utama 90 murid dari tujuh buah kampung di sekitar Pos Simpor dan Pos Gob tidak hadir ke Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, Gua Musang dekat sini pada hari kedua sesi persekolahan 2016 semalam.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Datuk Ab. Aziz Abdullah berkata, hujan yang turun sejak kebelakangan ini menyebabkan jalan balak sejauh 46 kilometer yang menghubungkan Pos Simpor dan Pos Gob ke SK Tohoi tidak dapat dilalui oleh sebarang kenderaan.
“Pegawai kita tidak dapat masuk ke kampung tersebut manakala ibu bapa tidak dapat menghantar sendiri anak mereka ke sekolah.
“Kalau hujan, jalan tersebut akan dipenuhi lumpur sehingga paras paha,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Malah, kata beliau, kenderaan yang disewa Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) untuk mengambil murid-murid terbabit pada Sabtu lalu turut terbenam dalam jalan berlumpur.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3wK5EHiUr 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment