Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Indonesia lancar operasi baru buru Santoso

Jakarta: Pasukan keselamatan Indonesia bergabung untuk melancarkan operasi lebih agresif bagi memburu ketua pengganas paling dikehendaki di negara itu, Santoso, kata polis semalam.
Operasi itu dilancarkan selepas operasi memburu Santoso selama beberapa bulan di kawasan hutan berhampiran Poso di Sulawesi sebelum ini gagal.
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menjadikan penangkapan Santoso antara keutamaan keselamatan negara dan memberi tempoh sehingga 9 Januari lalu kepada pihak berkuasa untuk menangkapnya.
Bagaimanapun, ketua kumpulan Mujahidin Indonesia Timur itu ternyata sukar ditangkap walaupun diburu hampir tiga tahun.
Pasukan keselamatan merancang menambah 500 lagi polis dan askar bagi membantu 1,600 anggota yang ditugaskan memburu Santoso.
“Operasi baru ini dikenali sebagai Tinombala yang akan tertumpu di Poso dan kawasan sekitarnya,” kata jurucakap polis Sulawesi Tengah, Hari Suprapto.
Menurutnya, kerjasama antara polis dan tentera itu masih belum ditentukan lagi.
Santoso atau dikenali sebagai Abu Wardah sebelum ini menyatakan kesetiaannya kepada kumpulan militan Negara Islam. - Reuters
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 11:17 AM


Santoso
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106670#sthash.4Ri4r4SV.dpuf

No comments:

Post a Comment