Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Indonesia digesa lindungi kumpulan ajaran sesat

Jakarta: Kerajaan Indonesia perlu masuk campur bagi melindungi Pergerakan Fajar Nusantara atau Gafatar selepas ratusan bekas anggota kumpulan ajaran sesat itu diserang dan terpaksa meninggalkan kediaman mereka, kata Suruhanjaya Kebangsaan untuk Hak Asasi Manusia.
Gafatar dianggap ajaran sesat oleh organisasi Islam lain dan dikaitkan dengan beberapa individu yang dilaporkan hilang sebelum didapati menyertai kumpulan itu.
Pada Selasa lalu sekumpulan perusuh menyerang dan merosakkan sebuah kampung di daerah Mempawah di Kalimantan Barat yang didiami lebih 700 bekas anggota kumpulan itu.
Tiada penduduk yang cedera dalam kejadian itu selepas pihak berkuasa memindahkan penduduk ke pusat perlindungan berhampiran.
Gafatar dipercayai jelmaan sebuah kumpulan agama yang dikenali sebagai Al-Qiyadah al-Islamiyah.
Ketuanya yang mengaku nabi, Ahmad Moshaddeq kini berada di penjara selepas didapati bersalah menyebarkan ajaran sesat pada 2008. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 January 2016 @ 5:05 AM


KEDIAMAN bekas anggota Gafatar dibakar di Mempawah, Kalimantan Barat, Selasa lalu.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/109447#sthash.vSkZBuxg.dpuf

No comments:

Post a Comment