Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Gigit jari bot RM700,000 terbakar

Sabak Bernam: Seorang nelayan menggigit jari apabila bot miliknya musnah dalam kebakaran di Bagan Sungai Besar, di sini.
Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, bot dianggarkan bernilai RM700,000 itu musnah sebelum sempat diselamatkan.
Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor Mohd Sani Harul ketika dihubungi berkata, pemilik bot berusia 30 tahun hanya menyedari kejadian selepas dimaklumkan abangnya yang berada di tempat kejadian.
“Pihak bomba mendapat maklumat kejadian pada jam 1.22 pagi dan sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Besar dikejarkan ke lokasi.
“Ketika tiba di tempat kejadian, kira-kira 80 peratus bot berkenaan terbakar dan api dipadamkan sepenuhnya pada jam 3.37 pagi dengan bantuan dua bot nelayan,” katanya.
Mohd Sani berkata, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Katanya, pemilik bot sudah membuat laporan polis selepas kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 10:41 AM


bot yang terbakar di Bagan Sungai Besar, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106397#sthash.kRSenTch.dpuf

No comments:

Post a Comment