TAMAN Desa Surada, Bandar Baru Bangi tempat salah satu lokasi kejadian samun kelmarin.
|
KAJANG – Penduduk di sekitar Bangi dekat sini resah ekoran tujuh kejadian samun bersenjatakan parang yang berlaku di sekitar kawasan tersebut pagi kelmarin.
Seorang mangsa ragut di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Norazilah Abdul Karim, 42, berkata, dia masih trauma dengan kejadian pada pagi Selasa lalu apabila suspek bertindak mengacukan parang kepadanya sebelum merampas beg sandang berisi komputer riba miliknya.
“Ketika kejadian, saya hendak pergi ke tempat kerja di Putrajaya dan sedang panaskan enjin kereta, tiba-tiba datang dua suspek memakai topi keledar bertutup muka penuh berdiri di tepi pintu bahagian penumpang.
“Akibat terlalu panik, saya telah menendang salah seorang suspek sebelum suspek berkenaan mengacukan parang ke lengan saya. Dia (suspek) merampas sebuah beg sandang berisi komputer riba, dokumen peribadi termasuk pengenalan diri serta sebuah telefon bimbit jenama Asus yang diletakkan di kerusi bahagian penumpang.
“Suspek juga bertindak menarik tudung saya, mungkin mahu lihat sama ada saya memakai rantai emas atau tidak,” katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0108&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3wbBizQKN
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment