Search This Blog

Tuesday, January 5, 2016

Gempa bumi kuat 11 terbunuh




PENDUDUK memeriksa rumah mereka yang runtuh akibat gempa bumi di Imphal, India kelmarin. - AFP


GUWAHATI, India – Satu gempa bumi kuat menggoncang Asia Selatan awal pagi semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terbunuh dan hampir 200 lagi mengalami cedera teruk.
Usaha menyelamat mangsa yang terperangkap berdepan ke­sukaran akibat terputus bekalan elektrik dan jaringan telekomunikasi.
Pusat Geologi Amerika Syarikat menyatakan gempa bumi 6.8 magnitud itu berlaku pada kedalaman 57 kilometer (km) dan melanda 29km barat Imphal iaitu ibu negeri Manipur yang bersempadanan dengan Myanmar.
Gempa bumi tersebut me­landa ketika orang ramai masih tidur dengan bahagian atap dan tangga beberapa bangunan runtuh di bandar yang berkepadatan 270,000 orang itu.
“Kami berasa seperti terumbang-ambing di dalam sebuah kuali. Kami lantas melarikan diri keluar dari rumah,” kata mangsa, Joy Thanglia, 33.
Pihak polis dan hospital di Imphal memberitahu jumlah kematian meningkat kepada enam orang dengan 100 lagi tercedera dengan 33 orang mengalami kecederaan serius.
“Ia merupakan gempa bumi paling kuat yang kami alami di Imphal,” kata seorang pasukan penyelamat, Kanarjit Kangujam kepada Reuters.
Pasukan penyelamat berdepan kesukaran untuk mencari pekerja-pekerja pembinaan yang terperangkap dalam bangunan runtuh. Jumlah sebenar mangsa masih belum dapat dipastikan setakat ini.
Penduduk Imphal yang ditemui menyatakan sebahagian besar te­lah meninggalkan rumah mereka selain bekalan elektrik dan telekomunikasi terputus.
Sementara itu, media Bangladesh melaporkan lima orang mati termasuk tiga diserang sakit jantung ketika gempa melanda, manakala polis memberitahu bahawa sekurang-kurangnya 90 orang cedera dalam kejadian itu. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3wK414mSJ 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment