Melaka: Pekerja kedai serbaneka 24 jam luka pada empat jari tangan kiri ketika menepis parang diacukan seorang penjenayah dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, 3.20 pagi tadi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106508#sthash.2gPR5C8h.dpuf
Mangsa, Muhammad Shahfuan Othman, 17, kemudian melarikan diri dan manakala penjenayah terbabit masuk ke dalam kedai.
"Sebelum kejadian saya sedang berbual dengan rakan setugas dihadapan kedai sebelum individu bertopeng itu muncul dari lorong di sebelah kedai.
"Dia berlari sambil mengacukan parang ke arah kami dan saya menepisnya sehingga senjata tajam itu manakala rakan sempat melarikan diri," katanya.
Katanya, rakannya itu menghubungi polis dan menjerit meminta bantuan orang awam, manakala dia melihat penjenayah itu beredar bersama beberapa kotak rokok.
Dia kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut menggunakan ambulans Jabatan Pertahanan Awam (JPAM).
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 8:15 PM
No comments:
Post a Comment