Search This Blog

Tuesday, January 5, 2016

Dua sahabat maut kemalangan



KEADAAN bas ekspres Transnasional yang remuk pada bahagian depan selepas bertembung dengan kereta Nissan Sunny mengakibatkan dua maut di Kilomter 40, Jalan Kuantan-Kemaman, Kuantan semalam.


KUANTAN – Dua lelaki maut setelah kereta jenis Nissan Sunny yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah bas ekspres Transnasional sebelum diseret sejauh 30 meter di Kilometer 40, Jalan Kuantan-Kemaman dekat Cherating berhadapan sebuah Tadika Kemas di sini awal pagi semalam.
Mangsa, Mohamad Yusre Aiman Mazlan, 22 yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan dan rakannya, Abu Hazwan Abu Karim, 34, dari Su­ngai Ular di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kece­deraan parah.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, siasatan awal mendapati kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu berlaku apabila bas ekspres terlibat yang membawa 12 penumpang dari Kota Bharu, Kelantan menuju ke Kuantan terbabas lalu memasuki laluan bertentangan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz3wK6Fext2 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment