Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Dua maut kebakaran hutan di Australia



DUA maut dan sekurang-kurangnya seorang masih hilang dan lebih 121 bangunan musnah dalam kebakaran hutan yang berterusan di luar kawalan di Australia Barat. - Foto EPA
PERTH: Dua maut dan sekurang-kurangnya seorang masih hilang dan lebih 121 bangunan musnah dalam kebakaran hutan yang berterusan di luar kawalan di Australia Barat.
Mayat kedua-dua lelaki berkenaan ditemui pihak berkuasa yang menggeledah bangunan rentung di bandar perkilangan kayu bersejarah Yarloop, 120 kilometer ke selatan Perth, yang musnah akibat kebakaran pada Khamis.
Mangsa, dipercayai berusia lingkungan 70-an masih belum dikenal pasti secara rasmi.
Perintah darurat diisytiharkan dan penduduk berpindah dari lima bandar berhampiran di kawasan pengeluaran daging dan tenusu utama itu.
Penternak berhampiran kebakaran terpaksa meninggalkan ribuan liter susu sejak Khamis lalu apabila penutupan jalan menghalang lori sampai ke ladang dan gangguan bekalan elektrik menjejaskan pengeluaran. - Agensi

No comments:

Post a Comment