Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Dihargai 'tawan' penjenayah berparang

Kuala Lumpur: Bertubuh kecil dan tidak pernah memiliki kemahiran seni mempertahankan diri. Namun itu buka halangan buat seorang pemuda menangkap penjenayah ganas bersenjatakan parang panjang.
Syed Syazril Syed Kamaruzaman, 24, yang pernah patah kedua belah tangannya akibat kemalangan bertindak berani bergelut dengan penjenayah sebelum menumpaskannya.
Menceritakan kembali kejadian jam 5 petang, 26 Disember lalu itu, dia mendakwa dalam perjalanan pulang dari Titiwangsa ke rumahnya di Batu 5, Jalan Ipoh di sini,
Menurutnya, dia sempat singgah di sebuah kedai serbaneka untuk membeli rokok.
“Ketika tiba di premis itu saya dapati seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berada di dalam kedai itu. Terdapat seorang pekerja warga asing yang menjaga kaunter.
“Saya berdiri di sebelahnya untuk membeli rokok dan ternampak lelaki itu seperti memegang sesuatu di dalam seluarnya. Tiba-tiba seorang pekerja kedai warga tempatan keluar dari stor dan menjerit supaya menangkap lelaki itu kerana dipercayai mahu merompak,” katanya selepas menerima penghargaan pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di IPK Kuala Lumpur, di sini, semalam.
Menurutnya, dia terus memeluk lelaki itu bertujuan mengunci pergerakannya.
“Rupa-rupanya lelaki itu bersenjatakan parang yang disorokkan di dalam seluarnya. Pekerja kedai itu juga cuba membantu.
“Lelaki itu kemudian melawan dan mencakar mata saya. Saya terpaksa menekan bahagian kerongkong perompak itu sehingga dia lemah,” katanya.
Dia berkata, orang ramai kemudian membantu menangkap penjenayah itu.
Sementara itu Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa memuji keberanian Syed Syazril menangkap perompak dalam kejadian itu.
“Saya kagum dengan keberaniannya yang luar biasa dalam membantu pihak polis mencegah jenayah,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 January 2016 @ 7:55 AM


Syed Syazril menunjukkan Surat Penghargaan yang diterimanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106566#sthash.IgXG9Lf6.dpuf

No comments:

Post a Comment