Tentera Afghanistan melepaskan tembakan dari pelancar roket (RPG) ketika operasi mengusir penceroboh yang bersembunyi berhampiran bangunan konsulat India di Mazar-i-Sharif, semalam. AFP.
KABUL 4 Jan. – Sekurang-kurangnya seorang pengawal keselamatan dan dua penyerang terbunuh selepas sekumpulan lelaki bersenjata cuba menyerang Konsulat India di bandar Mazar-i-Sharif di utara Afghanistan, hari ini.
Jurucakap Gabenor Wilayah Balkh, Munir Farhad berkata, kira-kira empat penyerang bersembunyi di dalam sebuah bangunan berhampiran sebelum berlaku pertempuran dengan pasukan keselamatan.
Namun, penyerang-penyerang terbabit tidak berjaya memasuki kawasan konsulat tersebut dan semua kakitangan konsulat India yang berada di dalam bangunan itu dilaporkan selamat.
“Pasukan khas Afghanistan mengepung bangunan itu dan mengarahkan penyerang supaya menyerah diri atau pasukan keselamatan akan bertindak,” kata Munir, yang enggan mendedahkan jumlah mereka yang cedera dalam serangan tersebut.
Mazar-e Sharif sebelum ini dianggap kawasan yang agak selamat berbanding bandar-bandar dan wilayah lain di negara ini.
Sehingga kini tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – DPA
No comments:
Post a Comment