Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Bongkar kegiatan jual pasport palsu

Kajang: Penemuan puluhan pasport Bangladesh palsu di rumah dua lelaki di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, semalam yang ditahan kerana merampas kereta kontraktor, membongkar kegiatan mereka mengaut keuntungan mudah dengan menjual pasport palsu untuk warga Bangladesh.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Willey Richard berkata, suspek sebelum ini merampas kereta Mini Cooper kontraktor berusia 25 tahun itu dengan alasan gagal melangsaikan hutang pada 1.15 tengah hari di Jalan Kuda Lari, Country Height di sini, kelmarin.
“Suspek melarikan kenderaan berkenaan sebelum mangsa membuat laporan polis sejurus kejadian.
“Polis kemudian menemui kenderaan berkenaan ditinggalkan suspek di tepi jalan di Bandar Baru Bangi,Selangor,” katanya.
Menurutnya, siasatan lanjut membawa kepada penahanan dua lelaki yang merampas kenderaan mangsa di rumah mereka.
“Hasil pemeriksaan di dalam rumah itu, polis menemui puluhan pasport Bangladesh palsu.
“Kumpulan berkenaan dipercayai menjalankan sindiket pemalsuan dokumen pasport untuk warga Bangladesh,” katanya.
Ekoran penemuan itu polis turut menahan tujuh lagi rakan suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket pemalsuan dokumen sebelum diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Katanya, polis masih memburu seorang lagi rakan suspek yang terbabit dengan kes samun berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 January 2016 @ 11:35 PM


Pasport palsu yang dirampas
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/106525#sthash.vb6k6nCN.dpuf

No comments:

Post a Comment