Search This Blog

Saturday, January 23, 2016

Bekas Ketua JSJ Kuala Lumpur dituduh tidak isytihar wang komisen hampir sejuta




CHIN WAH dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam bagi menghadapi pertuduhan tidak mengisytiharkan wang komisen.


KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan tidak mengisytiharkan komisen berjumlah RM961,500 yang diteri­manya dua tahun lalu.
Pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang kini bertugas di Bahagian Urusetia JSJ Bukit Aman dengan pangkat Senior Asisten Komisioner bagaimanapun membuat pe­ngakuan tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi dan Budiman Lutfi Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Geethan Ram Vincent.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0123&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3y1U2vcJ3 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment