Search This Blog

Tuesday, January 12, 2016

Bayi koma, pendarahan dalam kepala

JENAYAH SELASA, 12 JANUARI 2016 @ 3:28 PM

Oleh Nahar Tajri nahar@bh.com.my

ALOR SETAR: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan koma akibat luka dalaman kepala dipercayai berpunca daripada kecuaian pusat asuhan kanak-kanak di Jitra, pagi tadi. Difahamkan, wujud kesan lebam di bawah dagu dan ubun-ubun bayi berkenaan, selain kesan kemerahan di pipinya. Bapa mangsa yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Arau, Perlis, Ashraf Abdullah, 35, dihubungi oleh pusat asuhan berkenaan yang memberitahu bayinya lemah, berkemungkinan disebabkan demam. Beliau bergegas ke pusat asuhan itu dan mendapati anaknya, Alfateh, berada dalam keadaan tidak bermaya. "Saya terus membawanya ke Pusat Perubatan Mahsuri dan doktor pakar kanak-kanak di sana mengesahkan berlaku kecederaan dalaman kepala terhadap anak saya sebelum dirujuk ke HSB (Hospital Sultanah Bahiyah). "Saya diberitahu kecederaan dialaminya terlalu serius, menyebabkan anak saya koma dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU)," katanya ketika ditemui di HSB di sini. Beliau kesal dengan sikap pusat asuhan berkenaan yang tidak berterus-terang mengenai kejadian terbabit. "Mereka gagal mengikut prosedur dalam kes ini," katanya yang membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abdul Rahim Abdullah, mengesahkan kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/113594

No comments:

Post a Comment