Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 pagi itu, bayi berkenaan disahkan maut selepas dihantar ke sebuah klinik swasta berhampiran pusat asuhan tersebut sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Said Sidup yang dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

“Beberapa pegawai JKM negeri telah dihantar untuk menyiasat kes kematian bayi ini dan maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian memandangkan kes ini masih dalam siasatan,” katanya. – UTUSAN ONLINE