Perintah reman selama enam hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Noor Aisah Moha­med pagi ini.
Kedua-dua suspek yang berumur 51 dan 57 tahun sebelum itu hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini semalam.
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 7 (a) Akta SPRM 2009.
Sehingga kini, seramai enam kakitangan PTG dan tiga orang awam ditahan reman berhubung siasatan rasuah daripada pengusaha lombong bauksit haram.
Khamis lalu, empat pegawai bahagian penguat kuasa PTG negeri ditahan SPRM selepas dipercayai menerima rasuah daripada pengusaha lombong bauksit ha­ram.
Mereka ditahan di sekitar bandar Kuantan dalam operasi khas selepas disyaki menerima suapan menerusi penjualan Dokumen Pemindahan Mineral (borang 13D) pada harga antara RM150 hingga RM200 kepada pengusaha lombong haram.
Pemeriksaan di rumah seorang daripada suspek juga membawa kepada penemuan lebih RM100,000 yang disembunyikan di dalam mesin basuh.
Jumaat lalu, tiga orang awam pula ditahan kerana dipercayai menjadi orang tengah bagi penjualan dokumen 13D.
SPRM kini giat menjalankan siasatan bagi mengesan mereka yang terbabit dalam jenayah rasuah sehingga menyebabkan berlakunya kegiatan perlombongan haram dan ketirisan yang dianggarkan bernilai RM187 juta dari segi hasil kutipan royalti tahun lalu.