Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Anak tidak mengaku salah takutkan ayah dengan parang


MUHAMMAD AFZANIZAM (dua dari kanan) diiringi polis keluar dari Mahkamah Majistret, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU – Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menakutkan ayahnya dengan menggunakan sebilah parang pada minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Afzanizam Samsudin, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Mohd. Firdaus Zainal Abidin.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Afzanizam didakwa melakukan ugutan jenayah terhadap Samsudin Abd. Rajab, 58, di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Tok Ewa, Bachok dekat sini pada 10 Januari lalu.
Kesalahannya didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ainun Zafirah Ab. Halim manakala tertuduh diwakili peguam awam.
Majistret Mohd. Firdaus membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin. Kes disebut semula pada 16 Mac depan.
Sehingga petang semalam, tertuduh masih belum membayar jaminan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz3x64puD00 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment