Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

Ambil keterangan polis didakwa pukul lelaki

Georgetown: Polis sudah mengambil lima keterangan daripada pegawai dan anggota polis yang didakwa memukul seorang lelaki selepas ditahan di Jalan Perak, Jelutong di sini Ahad lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, siasatan lanjut masih lagi dijalankan untuk mengenal pasti segala dakwaan dibuat lelaki berusia 21 tahun itu yang menerima lapan jahitan di bibir dan bengkak di dagu.
Beliau berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak termasuk anggota polis sendiri yang didapati gagal mematuhi prosedur standard operasi ditetapkan dalam menjalankan tugas atau siasatan.
"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mendatang kecederaan dan sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga satu tahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika menghadiri Majlis Perhimpunan dan Ikrar Bulanan peringkat Ibu Pejabat Kontinjen negeri di sini, hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 13 January 2016 @ 1:37 PM


ABDUL Rahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang. FOTO Zulaikha Zainuzman

No comments:

Post a Comment