Search This Blog

Wednesday, January 13, 2016

10 terbunuh dalam letupan di pusat pelancongan Turki




AFP - SEJUMLAH mangsa kelihatan bergelimpangan di lokasi serangan bom dan daerah Sultanahmet yang merupakan pusat tumpuan pelancong di Istanbul, Turki semalam.


ISTANBUL – Seramai 10 orang terbunuh, manakala 15 lagi cedera dalam satu serangan bom di lokasi tumpuan pelancong di Turki semalam.
Letupan kuat berdekatan monumen Obelisk Theodosius di sini menggegarkan kawasan Sultanahmet yang mempunyai pelbagai mo­numen bersejarah dan dikunjungi oleh ribuan pelancong setiap hari.
Turki menjadi sasaran selepas beberapa siri serangan berani mati yang dipercayai dilakukan oleh kumpulan militan Islamic State (IS) termasuk dua pengeboman berani mati di Ankara pada Oktober lepas menyebabkan kematian 103 orang.
Selain itu, Turki kini berdepan konflik dengan puak Kurdis yang turut melakukan serangan ke atas pihak berkuasa.
“Suspek serangan disyaki mempunyai hubungan dengan pengganas,” kata sumber kepada agensi berita AFP.
Sejumlah ambulans bergegas ke Sultanahmet sebaik sahaja kejadian di kawasan itu yang turut ter­kenal dengan Masjid Biru dan Hagia Sophia.
“Siasatan lanjut mengenai punca, jenis dan pelaku letupan sedang dilakukan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Gabenor Turki dalam satu ken­yataan yang dipetik agensi berita The Dogan. Menurutnya, letupan menyebabkan 10 orang maut dan 15 lagi cedera.
Beberapa gambar yang di­siarkan The Dogan menunjukkan mayat-mayat mangsa terbaring di lokasi serangan.
Laporan media menyatakan pihak berkuasa masih mengkaji kemungkinan insiden itu disebabkan oleh pengebom berani mati tetapi tiada pengesahan dibuat sehingga kini. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0113&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3x6017STi 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment