28/11/2015 1:20pm
KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Malaysia akan ke Thailand pada minggu depan bagi menyoal siasat bekas pekerja PetroSaudi International, Xavier Andre Justo yang ditahan pada 22 Jun lepas di negara tersebut.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis Thailand telah memberi kebenaran untuk pihaknya ke sana bagi merakam keterangan Justo.
"Pihak berkuasa Thailand sudah memberi kebenaran untuk pasukan kita ke sana bagi menemu bual Justo serta mengambil bahan bukti yang ada," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Kosmo! pada 18 Ogos lalu melaporkan warga Switzerland, Justo dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas dia mengaku cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International. - K! ONLINE
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_06.htm#ixzz3sm6hUrBL
Hakcipta terpelihara