Bunuh, muatnaik gambar mangsa ke WeChat Qin memuatnaik gambar mayat mangsa ke laman sosial WeChat.
GUANGXI - CHINA. Polis berjaya memberkas seorang lelaki yang dipercayai membunuh teman wanitanya dan kemudian memuatnaik gambar mayat mangsa ke laman sosial WeChat, pada Ahad.
Suspek, Qin memuatnaik gambar mengerikan itu ke laman sosial WeChat miliknya pada Ahad pagi yang telah menarik perhatian pengikutnya di laman itu.
Gambar menunjukkan suspek dan mangsa sedang berbaring di atas katil dengan kapsyen bertulis "Maafkan aku wahai kekasih yang pentingkan diri"
Polis kemudiannya berjaya menahan suspek beberapa jam selepas melakukan jenayah itu, lapor CCTV News.
Polis berkata, Qin bertindak membunuh mangsa selepas berlaku pertengkaran antara mereka.