Khairul Anuar menunjukkan salinan cek kompaun yang dibayar oleh majikan kerana melakukan kesalahan di bawah akta Imigresen. |
TELUK INTAN - Dua majikan warga tempatan dikenakan kompaun selepas didapati memberi perlindungan dan menggaji pendatang asing tanpa izin (Pati) yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen.
Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, tindakan dua majikan itu dikesan dalam Ops Belanja dan Ops Dandan yang dijalankan pihaknya di daerah ini bulan lalu.
Menurutnya, pada Ops Belanja, majikan terbabit dikenakan tindakan kompaun sebanyak RM6,000 selepas didapati melindungi seorang wanita warganegara Indonesia yang melakukan kesalahan tinggal lebih masa di negara ini.
"Ketika melakukan pemeriksaan di sebuah pasaraya, kami mendapati dokumen perjalanan wanita yang berusia 34 tahun itu sudah tamat tempoh.
"Majikan yang ditahan pada Ops Belanja ini adalah lelaki berusia 27 tahun,” katanya.
Khairul Anuar berkata, dalam Ops Dandan pula, majikan yang juga seorang wanita berusia 35 tahun dikenakan kompaun sebanyak RM8,000.
Katanya, wanita itu ditahan selepas didapati menggaji seorang wanita warganegara Indonesia berusia 20 tahun yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Wanita ini ditahan ketika Ops Dandan di Jalan Bandar," katanya.
Tambahnya, menjadi satu kesalahan bagi majikan warga tempatan menggaji Pati yang melanggar akta Imigresen dan mereka boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 56 (1) (d) Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.
Beliau berkata, operasi membanteras Pati akan dilakukan secara berterusan dari masa ke semasa.
"Malah kami juga tidak akan menumpukan perhatian di satu-satu lokasi tertentu dalam satu tempoh lama kerana kawasan operasi terlalu luas.
"Oleh itu, kerjasama daripada orang ramai amat dialu-alukan bagi memastikan usaha membanteras Pati ini berjalan lancar," katanya.