Pihak berkuasa Thailand menggali dan membawa keluar mayat mangsa pemerdagangan manusia dari kubur di hutan Songkhla, bulan lalu. |
BANGKOK - THAILAND. Polis Thailand semalam berkata, siasatan terhadap sindiket pemerdagangan manusia hampir selesai dan merancang untuk menghantar satu laporan mengenai hasil siasatan mereka kepada peguam negara, hujung bulan ini.
Menurut laporan Reuters, kerajaan Thailand mengambil tindakan tegas membanteras pemerdagangan dan penyeludupan manusia melalui jalan darat selepas penemuan lebih 30 kubur di sebuah kem rahsia di hutan Songkhla, bulan lalu.
Kubur berkenaan dipercayai lokasi pendatang Bangladesh dan penduduk Islam Rohingya dari Myanmar ditanam, selepas menjadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia.
Susulan daripada itu, 53 orang yang ada kaitan dengan kumpulan penyeludup termasuk pegawai polis dan ahli politik ditahan bagi membantu siasatan.
Manakala, waran tangkap telah dikeluarkan terhadap 90 suspek dan daripada jumlah itu 36 orang masih diburu.
"Siasatan dijalankan pihak polis hampir selesai dan akan diserahkan kepada peguam negara sebaik ia lengkap.
"Mereka yang belum ditangkap dan mahu bekerjasama, boleh terus menghadiri perbicaraan di mahkamah kerana kami akan menyerahkan nama-nama suspek kepada mahkamah," kata ketua polis Thailand, Somyot Pumpanmuang, semalam.
Zon selatan Thailand adalah laluan utama bagi aktiviti pemerdagangan manusia serta menempatkan rangkaian kem-kem rahsia di mana pendatang ditempatkan dan hanya akan dibebaskan jika ahli keluarga mangsa membayar wang pampasan.