Ketika kebanyakan pengguna di Twitter berkata kumpulan yang menanggalkan pakaian perlu disalahkan terhadap kejadian gempa bumi 6 skala Richter kerana tidak menghormati gunung yang dianggap suci itu, ada yang tidak yakin bahawa kedua-dua insiden itu mempunyai kaitan.
Pemaju web dari Sabah, yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian pelancong berbogel, membuang air kecil di tapak suci itu membuatkan "semangat gunung marah".
Twitter @Zulfahmiabsalam berkata seorang rakan dari Sabah berpandangan bahawa Gunung Kinabalu mungkin "marah" kerana pelancong berbogel di situ.
Pada 30 Mei, gambar lima lelaki berbogel di atas gunung tersebar di media sosial, diikuti dengan gambar 10 pelancong , termasuk empat wanita tanpa pakaian berhampiran selatan puncak Gunung Kinabalu.
Penduduk Sabah marah dengan gambar itu kerana mereka menganggap gunung itu suci.
Pengarah Taman-Taman Sabah Datuk Jamili Nais berkata empat wanita dan enam lelaki telah berpecah dari kumpulan mereka dan pergi ke selatan puncak.
Pelancong tersebut mengabaikan amaran dari pemandu gunung dan memanggilnya "bodoh" dan memberitahu memakinya dengan kata-kata'go to hell" (pergi jahanam), apabila dia memohon mereka untuk menghentikan perbuatan mereka itu.
Surat tunjuk sebab telah dikeluarkan kepadanya berhubung kejadian itu.