Search This Blog

Thursday, February 5, 2015

ISIS Tembak Jatuh Pesawat Tempur Pasukan Koalisi dan Tahan Pilot

jordan-pilot-isis

KELOMPOK Negara Islam Irak dan Syam (ISIS) menembak jatuh sebuah pesawat tempur koalisi dan menangkap seorang pilot Arab Rabu kemarin (24/12/2014) di kota Raqqah Suriah utara, Observatorium Suriah untuk Hak Asasi Manusia mengatakan. ?
“ISIS telah menembak jatuh sebuah pesawat tempur yang diyakini menjadi bagian dari koalisi internasional, selama serangan udara di kota Raqqah,” lapor Observatorium Suriah untuk Hak Asasi Manusia di situsnya.
Observatorium mengatakan ISIS menangkap seorang pilot Arab yang pesawatnya ditembak jatuh oleh rudal anti pesawat dekat kota Raqqah.
Kantor media ISIS di Raqqah juga mengkonfirmasi insiden itu dan mengatakan pilot yang ditangkap adalah warga Yordania bernama Moaz al-Kasasba.
Nasib pilot sampai sekarang masih belum diketahui.
Foto pilot yang ditangkap juga disebarkan di media sosial oleh para aktivis pro ISIS. Namun keaslian foto belum dapat diverifikasi secara independen. Foto-foto yang beredar menunjukkan seorang pilot dalam kondisi kesehatan yang baik.
Pemerintah Yordania sendiri belum membuat pernyataan resmi tentang insiden ini.
Namun militer Yordania pada Rabu kemarin menegaskan bahwa salah satu pesawat tempur mereka telah ditembak jatuh di Suriah dan pilot ditangkap oleh kelompok ISIS.[fq/islampos/anadolu]

Angka kematian nahas pesawat TransAsia Airways kini 31 orang



BEBERAPA mayat mangsa nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sungai Taipei sejurus berlepas, ditemui lagi oleh pasukan penyelamat, hari ini. - Foto REUTERS
TAIPEI: Angka kematian nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sungai Taipei sejurus berlepas kini meningkat kepada 31 orang, kata pegawai Taiwan.
Katanya, angka itu mungkin bertambah kerana 12 orang masih dilaporkan hilang.
Pesawat TransAsia Flight GE235, yang membawa 58 penumpang dan anak kapal mengalami masalah ketika terbang di antara bangunan, kemudiannya terlanggar lebuh raya bertingkat dan terhempas di dalam sungai sejurus berlepas dari Lapangan Terbang Taipei semalam.
Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan (CAA) berkata, 15 orang terselamat. Tiga yang berjaya diselamatkan adalah dari kumpulan 31 pelancong dari Tanah Besar China.
CAA berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat jenis turboprop ATR 72-600 itu adalah antara mereka yang terkorban. - Reuters

Lelaki Curi Piza Bayar Semula Kepada Restoran Selepas 13 Tahun


Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 10:56 AM

SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya membuat bayaran balik kepada restoran tersebut selepas 13 tahun insiden itu berlaku.
Tindakannya membuat bayaran bagi piza yang dicuri lebih sedekad itu selepas lelaki tersebut menjadi seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Lelaki berkenaan berkongsi sepucuk surat yang dihantar kepada restoran berkenaan di laman sosial Reddit, dengan meluahkan rasa bersalahnya kerana menggunakan cek tendang untuk 'membayar' makanan itu.
Hidangan piza yang dicuri itu berharga AS$20 (RM71.59) tetapi dia menebus kesalahannya itu dengan membuat bayaran beserta faedah sebanyak AS$54.39 (RM194.69).
Antara yang dinyatakan di dalam surat itu: "Pada 2002, saya menggunakan cek tendang untuk mendapatkan piza di kedai anda. Saya menempuh waktu yang amat sukar ketika itu dengan bebanan masalah kewangan dan tidak dapat menyelesaikannya.
"Saya tidak mempunyai wang dan mempunyai anak yang lapar di rumah."
Permohonan maafnya diteruskan dengan kenyataan: "Saya telah bekerja keras dan membangunkan sebuah perniagaan sejak lebih sedekad lalu dan meraakan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan untuk menangani keadaan yang saya hadapi. Saya harap tiada yang terasa hati.
Pemilik kedai piza itu memberikan reaksi positif apabila membaca beberapa komen berhubung kenyataan di Reddit, mengenai tindakan lelaki itu.
"Lelaki itu tidak berbuat apa-apa, tetapi jelasnya telah menunjukkan keperibadiannya. Ini termasuk kemurahan hatinya untuk memasukkan sekali faedah dalam bayaran itu," menurut salah satu komen. - metro.co.uk 

Jumlah Kematian Nahas TransAsia Airways Kini 31 Orang


Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 11:10 AM
Bangkai pesawat TransAsia Airways. Foto AFP

TAIPEI: Jumlah kematian dalam nahas pesawat TransAsia Airways yang terhempas di sebuah sungai di sini, meningkat kepada 31 orang, kata pegawai Taiwan pada Khamis.
Beliau berkata, angka kematian mungkin akan meningkat berikutan 12 orang masih lagi hilang.
Pesawat TransAsia GE235 yang membawa 58 penumpang dan anak kapal terhempas sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang Taipei pada pagi Rabu.
Pentadbiran Aeronautik Awam Taiwan (CAA) berkata, 15 orang terselamat dalam nahas itu. Tiga daripada mereka terselamat merupakan peserta dari kumpulan 31 pelancong dari tanah besar China.
CAA berkata, juruterbang dan pembantu juruterbang yang membawa pesawat ATR 72-600 itu merupakan antara yang maut.
TransAsia Airways diasaskan pada 1951 dan merupakan pesawat persendirian Taiwan yang pertama. - REUTERS

Enggan Bayar Hutang, Wanita Bakar Lelaki Bangladesh


Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 4:04 PM

GEORGE TOWN: Seorang wanita warga Indonesia bertindak nekad membakar seorang lelaki Bangladesh kerana tidak membayar hutang seperti dijanjikan dalam satu kejadian berhampiran Pasar Awam Kampung Baru di Bukit Mertajam, Rabu, kata polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Mazlan Kesah berkata  siasatan awal mendapati wanita berumur 35 tahun itu marah terhadap mangsa  kerana tidak membayar wang yang dipinjamnya sejak bulan lepas.
"Mereka (wanita dan mangsa) memang mengenali antara satu sama lain dan  difahamkan wanita berkenaan telah meminjamkan sejumlah wang kepada mangsa dan lelaki itu berjanji untuk membayarnya.
"Bagaimanapun sehingga Selasa, mangsa gagal membayar wang yang dipinjam dan lelaki itu juga dikatakan langsung tidak menjawab pangilan telefon wanita  berkenaan sehingga membuatkan dia berang dan bertindak membakar mangsa,"  katanya kepada pemberita di sini, Khamis.
Dalam kejadian 7.50 pagi semalam, seorang lelaki Bangladesh melecur di  beberapa bahagian badan berikutan tindakan wanita terbabit.
Ketika kejadian, lelaki berkenaan dan rakan senegaranya menunggang sebuah motosikal untuk ke tempat kerja di tapak pembinaan itu sebelum ditahan wanita terbabit dan sebaik berhenti, wanita itu terus menyimbah sejenis cecair dipercayai petrol ke arah mereka serta menyalakan api pada sehelai kain dan melemparnya ke arah kedua-dua lelaki itu.
Mazlan berkata polis telah merekod keterangan rakan mangsa yang sempat menyelamatkan diri dan dua saksi yang berada di tempat kejadian bagi membantu siasatan kes itu.
Beliau berkata mangsa yang berusia 32 tahun dan bekerja kontrak di tapak  pembinaan itu melecur lebih 80 peratus di badannya dan masih dirawat di Hospital Bukit Mertajam.
"Lelaki itu belum sedarkan diri dan menurut doktor yang merawatnya, keadaan mangsa stabil walaupun kesan melecur di badannya agak teruk," katanya.
Beliau berkata wanita yang ditahan itu bekerja di sebuah kilang di kawasan Perai dan direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Berebut Anak, Jurutera Didenda Cederakan Bekas Isteri


Diterbitkan: Isnin, 2 Februari 2015 2:44 PM

PETALING JAYA: Seorang jurutera yang mencederakan bekas isterinya untuk menghalang tindakan bekas isterinya itu daripada mengambil anak angkat mereka dari rumahnya didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Zalizan Mohamed Nor @ Kamaruzaman, 40, mengaku di mahkamah majistret di sini bahawa dia telah menyebabkan kecederaan kepada bekas isterinya Hamidah Abd Latip, 40, tahun lepas.

Dia mengaku bersalah menarik tangan kanan dan menolak badan wanita itu di sebuah rumah di Kampung Sri Puchong, Puchong pada pukul 1.30 tengahari, 27 November tahun lepas.

Hamidah dari Taman Sri Keramat telah membuat laporan polis terhadap bekas suaminya pada hari yang sama.

Pada Isnin, Zalizan mengaku di dalam penyata fakta yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Saphirra Selamat bahawa dia telah menarik tangan bekas isterinya itu dan menolak badan Hamidah untuk menghalangnya daripada mengambil anak angkat mereka dan memaksanya meninggalkan tempat itu.

Saphirra memberitahu mahkamah bahawa Hamidah mengalami kecederaan pada tangannya kerana kejadian hari itu.

Merayu hukuman diringankan, peguamnya Datuk Suraj Singh berkata anak guamnya merupakan pesalah kali pertama dan berjanji dia tidak akan melakukan kesalahan yang sama.

"Mereka mempunyai masalah peribadi. Dia kesal dengan tindakannya," kata Suraj, sambil menambah anak guamnya mempunyai tiga anak untuk dijaga.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman denda RM1,000 atau tiga bulan penjara.

Dia membayar denda pada tengah hari dan kemudian meninggalkan bangunan mahkamah.

Rasuah Projek Pasir: Tiga Termasuk Suami Isteri Ditahan


Diterbitkan: Khamis, 5 Februari 2015 3:10 PM

IPOH: Polis pada Khamis memperoleh perintah mahkamah bagi menahan reman tiga individu, termasuk sepasang suami isteri, selama lima hari berhubung kes rasuah membabitkan pemberian beberapa projek termasuk mengorek pasir dan pembalakan di Perak.
Majistret Suhaima Mohd Noor mengeluarkan perintah itu, berkuat kuasa hari ini, terhadap suspek yang berusia lingkungan 45 hingga 48 tahun, mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Mereka disyaki menggunakan nama menteri besar dan exco kerajaan negeri untuk memperoleh wang sebanyak RM10,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek terbabit daripada kerajaan negeri untuk beberapa kontraktor serta ahli korporat.
Ketiga-tiga suspek, yang disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, ditahan di Old Town White Coffee, Medan Ipoh pada kira-kira 7.30 malam Rabu.
Suspek wanita merupakan penjawat awam manakala kedua-dua lelaki tidak bekerja.

Enam maut kereta api rempuh pacuan empat roda atas landasan di NY

VALHALLA, New York: Enam orang terkorban dan sekurang-kurangnya 12 lagi mengalami kecederaan apabila kereta api komuter merempuh sebuah kenderaan di atas landasan di utara, bandar raya ini.
Jurucakap Metro-North Railroad, Aaron Donovan berkata, kereta api dari arah utara itu merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda, Jeep Cherokee di atas lintasan kereta api di Valhalla, petang semalam waktu tempatan.
Donovan berkata, pemandu wanita kenderaan itu mati dan lima penumpang kereta api terbabit turut terkorban.
Katanya, kenderaan berkenaan dan bahagian depan kereta api terbabit terbakar.
Sementara itu, penumpang dipindahkan ke gerabak belakang kereta api yang berlepas dari Grand Central Terminal kira-kira 45 minit sebelum kejadian.
Berikutan itu, sebahagian laluan Metro-North Harlem Line ditangguhkan.
Metro-North adalah laluan kereta api kedua paling sibuk di Amerika Syarikat selepas Long Island Rail Road.
Ia memberi perkhidmatan kepada kira-kira 280,000 penumpang sehari di New York dan Connecticut. - AP

Gempa bumi 6.0 magnitud gegar Panama

SINGAPURA: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud menggegar Panama hari ini kira-kira 341 kilometer selatan bandar terbesar negara itu, David pada kedalaman 32 kilometer, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS).
Tiada amaran tsunami dikeluarkan atau sebarang laporan berkaitan kematian atau kerosakan. - Reuters

Vietnam tanam kucing seludup hidup-hidup?


Hanoi: Orang ramai percaya, pihak berkuasa Vietnam menanam hidup-hidup ribuan kucing yang diseludup dari China selepas haiwan itu ditemui baru-baru ini.
Walaupun polis mendakwa kucing itu ditanam mengikut undang-undang, beberapa pihak mencurigainya.
Malah, mereka yakin kucing seberat tiga tan yang disumbat dalam sangkar buluh dibawa sebuah lori Selasa lalu tidak ditangani dengan baik.
Dakwaan berkenaan dinafikan seorang anggota polis Hanoi.
Katanya, kucing itu sudah mati ketika ditanam.
“Bau busuk bangkai kucing boleh menjejaskan alam sekitar serta membawa risiko penyakit.
“Justeru, kami mengambil langkah untuk menanam semua kucing itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.
Sebelum ini satu petisyen dilancarkan melalui laman sesawang change.org untuk menggesa pihak berkuasa Vietnam “menukar dasar pengendalian haiwan” dan mendapat lebih 23,000 tandatangan dari seluruh dunia sehingga semalam.
Daging kucing - dikenali sebagai ‘harimau kecil’ - dianggap hidangan istimewa di Vietnam.
Kerajaan mengharamkan dagingnya untuk dijadikan hidangan bagi menjaga populasi tikus yang semakin tidak terkawal di negara itu. - Agensi
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/28629#sthash.qYtH9anb.dpuf

Taiwan ketuai siasatan nahas pesawat TransAsia


Sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways yang membawa 58 penumpang dan anak kapal terhempas ke dalam sungai berhampiran Taipei. - Foto EPA
Sebuah pesawat penumpang TransAsia Airways yang membawa 58 penumpang dan anak kapal terhempas ke dalam sungai berhampiran Taipei. - Foto EPA
SINGAPURA - Syarikat pengeluar pesawat Perancis (ATR) telah mengesahkan bahawa sebuah pesawat ATR 72-600 yang digunakan oleh TransAsia Airways, Taiwan terlibat dalam nahas hari ini.

Nahas udara itu berlaku pukul 10.45 pagi (waktu tempatan) dekat lapangan Terbang Songshan di Taiwan.

Dalam satu kenyataan Rabu dari Toulouse, Perancis, ATR berkata penerbangan  GE235 mengadakan operasi antara Taipei dan Kinmen dengan membawa 58 orang. 

Pesawat itu, yang didaftarkan di bawah B-22816, ialah MSN (Manufacturing Serial Number) 1141.

Pada ketika ini, punca nahas belum diketahui dan masih dalam siasatan.

ATR berkata Majlis Keselamatan Penerbangan Taiwan akan mengetuai siasatan dan akan menjadi sumber rasmi maklumat.

Menurut peraturan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), ATR akan menasihatkan Bureau d’Enquêtes et Analyses (BEA), pihak berkuasa  keselamatan Perancis, yang mewakili syarikat pengeluar pesawat.

ATR merakamkan simpati yang mendalam kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang terlibat dalam nahas itu.

Laporan awal menyebut 23 orang terkorban selepas pesawat TransAsia Airways penerbangan GE235 terjunam ke dalam Sungai Keelung sejurus setelah berlepas  dari Lapangan Terbang Songshan.

Sekurang-kurangnya 15 orang dipercayai terselamat manakala 20 lagi masih hilang. - Bernama

Pesawat tergelincir ke rumput selepas mendarat


Gambar menunjukkan pesawat Garuda yang tergelincir dalam kejadian petang semalam. - Foto Twitter @ekoavi
Gambar menunjukkan pesawat Garuda yang tergelincir dalam kejadian petang semalam. - Foto Twitter @ekoavi
JAKARTA - INDONESIA. Sebuah pesawat penumpang tergelincir dari landasan selepas mendarat di sebuah pulau Lombok di Indonesia, semalam.

Menurut AFP, seramai 33 penumpang yang menaiki pesawat milik Garuda berkenaan terselamat selepas pesawat tersebut tergelincir 10 meter ke kawasan rumput.

"Semua penumpang - termasuk 4 kru dan seorang bayi selamat," kata Ikhsan Rosan kepada AFP.

Pulau Lombok yang berdekatan dengan Pulau Bali, merupakan antara destinasi popular untuk bercuti di Indonesia.

Penduduk China pendek umur


5 Februari 2015

BEIJING - CHINA. Lebih 250,000 orang di bandar besar di China didakwa pendek umur susulan daripada tahap pencemaran udara yang teruk di negara itu.

Menerusi penyelidikan dari sebuah universiti terkemuka di China mendapati, purata 90 daripada 100,000 penduduk yang tinggal di 31 wilayah mungkin meninggal dunia lebih awal akibat pendedahan jangka panjang terhadap habuk di udara.

Bandar raya Shijiazhuang di wilayah utara Hebei menganggarkan 137 kematian pramatang sekali gus menjadikannya tertinggi daripada 31 wilayah di negara tersebut.

Kajian mendapati, 41 kematian pramatang boleh dielakkan bagi setiap 100,000 orang jika bandar memenuhi standard kualiti udara negara.

Tahun lalu, hampir 90 peratus daripada bandar terbesar di China gagal memenuhi piawaian kualiti udara kerajaan. - dpa

Penumpang keretapi rakam aksi tunjuk kemaluan


RICHMOND - VIRGINIA. Seorang wanita berusia 33 tahun bertindak pantas merakamkan aksi seorang lelaki yang dikatakan menunjukkan kemaluannya di dalam sebuah keretapi.

Memetik laporan Mirror.co.uk, mangsa yang tidak mahu dikenali berkata, dia menyedari perilaku aneh suspek, Nuku Cudjoe Vanonyi Calvocoressi, 40,  sebelum mengambil telefon bimbit dan merakamkan aksi curiga itu.

Menurut mangsa, dia bertindak sedemikian kerana bimbang diserang oleh Calvocoressi.

“Saya panik melihat gelagatnya. Saya tak tahu apa yang akan dilakukan oleh dia dan saya tak mahu dia ikut saya balik ke rumah.

“Saya hantar mesej kepada suami untuk menceritakan apa yang berlaku sebelum saya rakamkan aksinya,” katanya.

Sebuah klip video berdurasi 48 saat menunjukkan gelagat tidak senang Calvocoressi sebelum lelaki itu menunjukkan kemaluannya kepada wanita itu.

Menurut laporan itu lagi, ketika kejadian, mangsa dan Calvocoressi berada di dalam keretapi yang bergerak dari Richmond menuju ke  Wokingham dan mangsa dikatakan hanya duduk beberapa kaki dari lelaki itu.

Kejadian tersebut berlaku pada Jun lalu sekitar dan video itu tersebar meluas di internet baru-baru ini.

Pemandu teksi nafi rogol penumpang


Yadav (tengah) dihadapkan ke mahkamah pada 8 Disember lalu.
Yadav (tengah) dihadapkan ke mahkamah pada 8 Disember lalu.
NEW DELHI - INDIA. Pemandu teksi syarikat Uber yang dituduh merogol seorang penumpang wanita di ibu negara India menafikan tuduhan dia menyerang mangsa.

Shiv Kumar Yadav, 32, membuat kenyataan itu di sebuah mahkamah khas, semalam.

Yadav, turut menegaskan tuduhan merogol wanita berusia 25 tahun itu pada Disember lalu adalah palsu.

"Selepas menaiki teksi, dia (mangsa) mula menangis ketika bercakap dengan seseorang menerusi telefon bimbit.

"Saya cuba menenangkannya, tetapi dia mula memarahi saya," ujar Yadav.

Yadav mengaku tidak bersalah atas dakwaan merogol, penculikan dan ugutan jenayah yang dikenakan ke atasnya.

Difahamkan, teksi uber telah diharamkan di New Delhi selepas insiden 5 Disember itu. - Channel News Asia

3 mati angkara lori


Mayat tiga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan treler dan lori di Kilometer 35, Jalan Sri Aman-Sarikei semalam.


SRI AMAN – Perjalanan tiga pekerja syarikat penghantaran yang membawa muatan ubat-ubatan ke Sarikei berakhir dengan tragedi apabila kesemua mereka terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan lori di Kilometer 35, Jalan Sri Aman-Sarikei dekat sini semalam.
Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa-mangsa yang terbunuh ialah Robin Ngering, 44, Bong Soon Lee, 37, dan Mathew Sinta, 29. Mereka bertiga mati di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan masing-masing.
Bagaimanapun, tiga lagi lelaki iaitu dua kelindan dan seorang pemandu lori yang berusia 25 hingga 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Superintendan James Jonathan berkata, ketika kejadian, ketiga-tiga mangsa yang menaiki sebuah treler dalam perjalanan dari arah Kuching menghala ke Sarikei.
Menurut beliau, sebaik tiba di tempat kejadian, treler yang dipandu oleh Robin dikatakan tidak menyedari terdapat sebuah lori rosak yang berhenti di bahu jalan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3QqSgtyVr 
Hakcipta terpelihara 

Maut tercampak atas bumbung


KEADAAN Mohd. Azrul (dalam bulatan) yang maut selepas tercampak ke atas bumbung sebuah kedai runcit di Batu 3, Tandop, Jalan Alor Setar-Sungai Petani, Kedah semalam.


ALOR SETAR – Seorang remaja maut selepas tercampak ke atas bumbung sebuah kedai runcit apabila motosikalnya dirempuh sebuah kereta di Batu 3, Tandop, Jalan Alor Setar-Sungai Petani di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa, Mohd. Azrul Abd. Razak (gambar kecil), 16, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dikatakan sedang dalam perjalanan dari pusat bandar menghala ke Sungai Petani.
Bagaimanapun, sebaik tiba di laluan tersebut, mangsa yang menetap di Kampung Tengah, Teluk Bagan di sini cuba membuat pusingan U sebelum dirempuh sebuah kereta jenis BMW 328i yang datang dari arah bertentangan.
Ekoran pertembungan itu, mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd. Saman telah tercampak sejauh kira-kira 30 meter ke atas bumbung setinggi lima meter sebuah kedai runcit di sebelah kiri laluan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3QqSLtrCg 
Hakcipta terpelihara 

Ferrari Modena terbakar di Bangsar



DUa anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta Ferrari Modena di hadapan Balai Polis Jalan Travers, Bangsar semalam.


KUALA LUMPUR – Sebuah kereta mewah jenis Ferrari Modena bernilai lebih RM1 juta dipercayai milik seorang ahli politik musnah terbakar dalam satu kejadian di hadapan Balai Polis Jalan Travers, Bangsar di sini petang semalam.
Difahamkan dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, kereta tersebut dipandu oleh salah seorang pekerja kepada ahli politik berkenaan untuk dibawa ke pusat pameran dan jualan kende­raan di pusat bandar.
Bagaimanapun tujuan kereta tersebut dihantar ke pusat pa­meran dan jualan kenderaan tidak diketahui.
Kejadian dipercayai berpunca daripada enjin kereta itu yang tiba-tiba mengeluarkan asap sebelum terbakar.
Pemandunya sempat menyelamatkan diri dengan memberhentikan kereta tersebut sebelum keluar menyelamatkan diri.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3QqRTTv6X 
Hakcipta terpelihara 

Pesawat TransAsia terhempas dalam sungai



AFP - GAMBAR rakaman video ini menunjukkan pesawat TransAsia Airways terbang rendah sebelum sayap kiri terkena jambatan lalu terjunam ke dalam Sungai Keelung di Taipei, Taiwan semalam.


TAIPEI – Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 18 lagi hilang selepas sebuah penerbangan TransAsia Airways milik Taiwan yang membawa 58 penumpang dan anak kapal terhempas ke dalam Sungai Keelung di sini sejurus selepas berlepas semalam, kata pegawai dan media tempatan.
Gambar dramatik yang dirakam dan dimuat naik ke laman Twitter oleh seorang penunggang motosikal menunjukkan pesawat enjin kipas jenis ATR 72-600 itu berputar di kawasan lebuh raya berdekatan lapangan terbang di pusat bandar ini selepas kapal terbang tersebut berlepas menuju ke Pulau Kinmen.
Rakaman televisyen menunjukkan beberapa penumpang memakai jaket keselamatan berenang menuju ke tebing sungai berkenaan.
Nahas itu merupakan yang kedua melibatkan TransAsia Airways dalam tempoh enam bulan.
Pasukan penyelamat menaiki sejumlah bot getah mengelilingi badan Penerbangan GE235 itu yang separuh timbul di sungai berkenaan untuk cuba memindahkan mangsa.

AFP - PASUKAN penyelamat mengeluarkan penumpang pesawat TransAsia Airways yang terhempas ke dalam Sungai Keelung.


Sejurus selepas nahas berlaku, Jabatan Penerbangan Awam Taiwan menyatakan dua orang telah terbunuh. Namun, media Taiwan kemudian melaporkan bahawa angka kematian terus meningkat.
Jabatan berkenaan melaporkan bahawa 15 orang telah diselamatkan sekali gus membayangkan bahawa terdapat banyak mangsa yang masih hilang.
Menurut beberapa pihak berkuasa lain, pesawat berkenaan membawa seramai 58 penumpang dan kru termasuk 31 pelancong dari Tanah Besar China.
Cuaca cerah semasa kapal terbang tersebut berlepas.
Rakaman yang disiarkan stesen televisyen Taiwan dan klip video YouTube menunjukkan sayap kiri pesawat itu terlanggar sebuah jambatan selepas cuba mengelak daripada merempuh sebuah apartmen pada jarak cuma beberapa meter.
TransAsia Airways merupakan syarikat penerbangan ketiga terbesar di Taiwan.
Sebuah pesawat ATR 72-500 milik penerbangan berkenaan terhempas ketika cuba mendarat di Pulau Penghu pada Julai tahun lalu yang menyebabkan 48 daripada 58 penumpang dan krunya terbunuh. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz3QqQgtKnC 
Hakcipta terpelihara 

Gadis curah asid atas zakar teman lelaki



MANGSA dipercayai telah dicurahkan asid sulfurik di bahagian zakar oleh teman wanitanya yang berang selepas rakaman video seks mereka tersebar.


MPUMALANGA, Afrika Selatan – Seorang remaja yang berang dengan tindakan teman lelakinya menyebarkan video seks mereka telah bertindak nekad mencurah asid ke atas zakar lelaki tersebut.
Mangsa, Humphrey Khoza, 25, dikatakan menggunakan komputer ribanya untuk merakam aksi hubungan seks mereka sebelum video tersebut tersebar di laman sosial dan menjadi viral di internet.
Gadis berusia 17 tahun itu kemudian menemui Khoza di sebuah pub dan membaling asid bateri ke di celah paha lelaki berkenaan.
“Semuanya berlaku dalam sekelip mata kerana semasa dia datang saya nampak dia memegang sebiji botol, namun tidak menjangka botol tersebut berisi asid,” kata Khoza.
Ujarnya, dia tidak tahu bagaimana video tersebut boleh tersebar dalam laman sosial dan kini zakarnya tidak akan berfungsi lagi selain perlu membuang air kecil melalui tiub.
“Jika saya mendakwa dia di mahkamah sekalipun, ia tidak membawa apa-apa makna kerana tidak mungkin boleh mengembalikan kejantanan saya. Jika dia dipenjara, itu akan memusnahkan masa depannya dan saya juga tidak berupaya untuk berulang-alik ke mahkamah,” katanya. – Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz3QqQU5LIX 
Hakcipta terpelihara 

Tentera Filipina beri alasan gagal selamat polis



AP - SEKUMPULAN penunjuk perasaan memegang kain rentang yang tertera slogan penentangan terhadap kerajaan Amerika Syarikat selain mendakwa punca kepada kematian Zulkifli Hir atau dikenali sebagai Marwan.


MANILA – Tentera Filipina mempertahankan tindakannya dalam kejadian 44 anggota komando polis terbunuh semasa satu serbuan antipengganas sehingga menimbulkan kemarahan rakyat.
Dalam kejadian pada Rabu lalu, anggota komando polis itu diserang oleh dua kumpulan pemberontak Islam, termasuk satu kumpulan yang menandatangani perjanjian damai dengan Manila tahun lalu, dalam misi menangkap Zulkifli Hir iaitu salah seorang militan paling dikehendaki.
Ketua Staf Tentera, Jeneral Gregorio Catapang berkata, pihak tentera tidak dapat bertindak segera menyelamatkan unit polis berkenaan kerana lokasi pasukan itu jauh serta di kawasan berpaya di selatan Mindanao.
“Kami tidak tahu lokasi yang tepat di mana polis berkenaan berada semasa kejadian, mereka tidak memberitahu kami sehingga menyukarkan operasi menyelamat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Catapang memberitahu, pasukan polis itu berjaya diselamatkan selepas hampir 18 jam insiden berlaku dan laporan penuh mengenai kejadian itu telah dikemukakan kepada Presiden Benigno Aquino.
Aquino dan tentera sebelum ini dikritik hebat oleh banyak pihak kerana gagal memastikan keselamatan nyawa anggota polis terbabit semasa mereka menyertai operasi seperti itu. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3Qp3zwrvM 
Hakcipta terpelihara 

Tujuh maut tren komuter rempuh jip



AFP - PEKERJA kereta api dan polis memeriksa lokasi nahas sebuah tren komuter di Valhalla, New York kelmarin.


MOUNT PLEASANT, New York – Tujuh orang maut dan 12 lagi cedera apabila sebuah tren komuter yang sarat ­de­ngan penumpang merempuh sebuah kenderaan yang tersadai di landasan kereta api dekat bandar White Plains petang kelmarin.
“Enam orang di dalam tren terbunuh di samping pemandu kenderaan Jeep Cherokee dalam kemalangan pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) itu,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo pada satu sidang akhbar.
“Ia satu kemalangan ngeri tetapi nasib baik angka korban tidak meningkat,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai tempatan, Rob Astorino, berkata, seramai 12 mangsa cedera dengan 10 daripada mereka parah dalam nahas itu.
“Seramai 11 daripada mang­sa dirawat di Pusat Perubatan Westchester,” katanya.
Beberapa penumpang tren berkenaan menceritakan se­nario menakutkan itu selepas mereka dipindahkan ke tempat selamat.
“Asap kuning keluar daripada tren itu, kereta api masih terbakar ketika kami dibawa keluar,” kata seorang penum­pang, Jared Woodward.
Menurut pihak berkuasa, beratus-ratus penumpang tren komuter lapan gerabak itu dibawa ke sebuah gimna­sium yang dijadikan pusat perlindungan sementara. “Tren itu membawa kira-kira 650 orang di laluan pinggir bandar raya New York termasuk Daerah Westchester,” kata pihak berkuasa. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Qp2tJ3hU 
Hakcipta terpelihara 


AFP - PEKERJA kereta api dan polis memeriksa lokasi nahas sebuah tren komuter di Valhalla, New York kelmarin.


MOUNT PLEASANT, New York – Tujuh orang maut dan 12 lagi cedera apabila sebuah tren komuter yang sarat ­de­ngan penumpang merempuh sebuah kenderaan yang tersadai di landasan kereta api dekat bandar White Plains petang kelmarin.
“Enam orang di dalam tren terbunuh di samping pemandu kenderaan Jeep Cherokee dalam kemalangan pada pukul 6.30 petang (waktu tempatan) itu,” kata Gabenor New York, Andrew Cuomo pada satu sidang akhbar.
“Ia satu kemalangan ngeri tetapi nasib baik angka korban tidak meningkat,” tambahnya.
Dalam perkembangan berkaitan, seorang pegawai tempatan, Rob Astorino, berkata, seramai 12 mangsa cedera dengan 10 daripada mereka parah dalam nahas itu.
“Seramai 11 daripada mang­sa dirawat di Pusat Perubatan Westchester,” katanya.
Beberapa penumpang tren berkenaan menceritakan se­nario menakutkan itu selepas mereka dipindahkan ke tempat selamat.
“Asap kuning keluar daripada tren itu, kereta api masih terbakar ketika kami dibawa keluar,” kata seorang penum­pang, Jared Woodward.
Menurut pihak berkuasa, beratus-ratus penumpang tren komuter lapan gerabak itu dibawa ke sebuah gimna­sium yang dijadikan pusat perlindungan sementara. “Tren itu membawa kira-kira 650 orang di laluan pinggir bandar raya New York termasuk Daerah Westchester,” kata pihak berkuasa. – Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0205&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3Qp2tJ3hU 
Hakcipta terpelihara