Kamaruddin dan isteri menunjukkan surat tawaran ganjaran kereta Toyota Vellfire yang diposkan kepada mereka. |
SELAYANG - Pasangan suami isteri warga emas rugi RM120,000 selepas terpedaya dengan peraduan gores dan menang ditawarkan sebuah syarikat yang beroperasi di Kepong sejak Disember tahun lalu.
Dalam tempoh sebulan, akaun mangsa dalam Amanah Saham Nasional Berhad hanya berbaki RM618 daripada RM80,000; Tabung Haji dari RM57,000 tinggal RM6,000 termasuk simpanan isteri digunakan hampir RM18,000.
Perkara tersebut hanya dikesan baru-baru ini selepas pihak bank melakukan sekatan kepada akaun penerima sewaktu mangsa cuba melakukan transaksi bernilai RM8,000.
Sekatan dibuat selepas pihak bank mengesan terdapat unsur penipuan dalam urusan transaksi sebelum menghubungi anak mangsa untuk pemakluman.
Menceritakan kejadian, mangsa yang merupakan pesara polis, Kamaruddin Pilus, 74, dan isteri Maimunah Musa, 67, didatangi lelaki dikenali Vincent yang menawarkan hadiah kereta Toyota Vellfire kepada pasangan berkenaan ketika membeli keperluan dapur di NSK Selayang.
Pasangan tersebut kemudian dibawa ke pejabat untuk sesi penerangan termasuk perlu menjelaskan kos RM10,000 sebagai permulaan proses pengeluaran kereta.
“Mulanya memang tak percaya, tapi lepas beberapa bukti dan hadiah ditawarkan, saya tertarik sebelum serahkan wang tunai dan sebelas transaksi melalui akaun yang diberikan.
“Beberapa transaksi dibuat kerana ditawarkan menjadi duta kilang selain caj tambahan pengeluaran termasuk pembayaran cukai dan GST,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di rumahnya, semalam.
Katanya, anaknya cuba mengesan suspek namun tidak berjaya apabila nombor yang dihubungi tidak berjawab.
“Memang saya tak beritahu anak-anak sebelum ini atas nasihat suspek yang tak mahu urusan tawaran terganggu apabila keluarga campur tangan.
“Selepas laporan polis dibuat, individu tersebut ada hubungi saya minta jelaskan baki RM4,800 untuk bayaran terakhir dan jika tidak berminat kereta tersebut akan ditawarkan ke pihak lain,” katanya.
Katanya, pihaknya masih berharap supaya wang yang dilaburkan dapat dikembalikan sekiranya tidak mendapat kereta yang ditawarkan.
Sementara itu, anak pasangan tersebut, Azwan Kamaruddin, 34, memaklumkan ketika laporan polis dibuat di Balai Polis Selayang, terdapat seorang mangsa juga warga emas ditipu menggunakan modus operandi yang sama.
Katanya, sebelum ini dia memang ada mengesyaki sesuatu ketika membuat semakan pada akaun ayahnya, namun ketika ditanya ayahnya tidak buka mulut.
“Ayah masih tak percaya dia ditipu sebaliknya masih terpengaruh dengan suspek yang masih mencarinya untuk meneruskan urusan tersebut walaupun telah menukar nombor telefon,” katanya.