NEW DELHI 5 Dis. - Beberapa penyerang yang tidak dikenali membaling tiga butir bom buatan sendiri ke dalam sebuah kuil Hindu di utara Bangladesh semasa satu persembahan drama sedang berlangsung hari ini, sekali gus mengorbankan 10 orang mangsa, kata polis.
Ketua Polis Tempatan, Ruhul Amin berkata, kejadian itu berlaku ketika satu persembahan pentas sedang berlangsung di luar kuil Kantajir sempena sambutan sebuah pesta tahunan di daerah Dinajpur.
Katanya lagi, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab di atas serangan berkenaan. Polis telah menahan enam suspek untuk soal siasat berkaitan dengan letupan berkenaan. - AP
No comments:
Post a Comment