Bagaimanapun, penduduk percaya suara tangisan wanita itu adalah suara ghaib dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam waktu tempatan.
Menurut mereka, suara tangisan meminta tolong itu datang dari bekas tempat pemujaan.
“Ya, memang dari dulu seperti itu, jadi kami anggap ini adalah suara ghaib,’’ kata seorang penduduk, Erwan Heriawan kepada Tribunnews.com.
Namun Erwan yang merupakan anggota sukarelawan Tagana Kota Bogor sudah pun mengarahkan beberapa anggota untuk melakukan pencarian.
“Esok kami akan meneruskan pencarian. Terdapat banyak pokok yang boleh dijadikan tempat persembunyian di sini,’’ katanya.
Erwan menjelaskan, sudah beberapa kali berlaku insiden penculikan dan percubaan merogol di kawasan kampung.
Namun kali ini, tidak ada penduduk atau saksi yang melihat punca suara itu.
Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Deden berkata, tangisan itu dipercayai datang dari sebuah kebun di tepi jalan.
“Tangisannya tiga kali meminta tolong, kali ketiga, suara tangisan itu agak serak,’’ katanya.
Menariknya, bukan hanya Deden mendengar suara tangisan itu tetapi hampir seluruh penduduk yang tinggal di tepi jalan mendengarnya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Sontak memberitahu, suara tangisan itu membuatkan penduduk keluar dari rumah masing-masing dan cuba mencari dari mana suara itu datang.
“Soalnya, sudah beberapa kali kejadian cuba merogol ini berlaku di daerah ini,’’ tambahnya.