Menurut agensi berita Xinhua, lebih 1,500 pekerja penyelamat dikerah ke lokasi kejadian dan pasukan penyelamat berjaya menyelamatkan tujuh orang dengan seorang daripada mereka hanya cedera ringan.
Angka sebenar kematian masih belum disahkan.
Akhbar Shenzhen Evening News melaporkan, kira-kira 900 penduduk sempat berpindah sebelum kejadian berlaku, namun tiada butiran lanjut disertakan sama ada insiden telah diramal akan terjadi.
Punca kejadian masih tidak dapat dikenalpasti.
Satu video yang dikeluarkan Xinhua menunjukkan lokasi kejadian yang diseliputi debu tebal sebaik sahaja bangunan runtuh akibat pergerakan tanah.
Bulan lalu, satu kejadian tanah runtuh menyebabkan 27 buah rumah musnah di kawasan pedalaman wilayah Zhejiang dan mengorbankan 38 penduduk. – AFP