Search This Blog

Tuesday, December 29, 2015

Syukur kami selamat

Dungun: Lima beranak mengalami detik cemas apabila pikap Toyota Hilux dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2), menghala Bukit Besi di sini, jam 4.45 petang tadi.
Dalam kejadian di Kilometer 342 arah Kuala Terengganu, kira-kira lima kilometer selepas Plaza Tol Paka, semua mangsa berusia antara dua hingga 59 tahun dalam perjalanan pulang dari Pekan, Pahang, ke rumah mereka di Kampung Pulau Serai, di sini.
Pemandu kenderaan, Ahmad Faizal Ali, 30, berkata, kejadian dipercayai berlaku disebabkan angin lintang.
“Ketika sedang memandu, tiba-tiba kenderaan seperti ditolak sesuatu menyebabkan saya hilang kawalan sebelum ia terbalik. Alhamdulillah, saya dan isteri, Kamelia Muda, 28, anak Qisha Qasrina, 4, dan Ahmad Wafi Shauki, 2, serta ibu mentua Nik Sofiah Ismail, 59, selamat," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, petang tadi.
Penolong Kanan Penguasa Bomba Terengganu, Abdullah Zawawi Mohamed, berkata 10 anggota dari Balai Bomba Paka serta Dungun dikejarkan ke tempat kejadian dan semua mangsa yang didapati hanya cedera ringan, menerima rawatan pesakit luar di Hospital Dungun.
caption: Keadaan Toyota Hilux mangsa yang terbalik akibat angin lintang
Ends14
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 6:49 PM


Kamelia berteduh daripada hujan di bawah payung bersama dua anaknya. - Foto ROZAINAH ZAKARIA
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/103099#sthash.O9Tmhrw5.dpuf

No comments:

Post a Comment