Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

Sydney dilanda ribut

Sydney: Bandar raya terbesar Australia ini semalam dibadai ribut menyamai puting beliung dengan hujan batu sebesar bola golf serta angin dengan kelajuan 200 kilometer sejam.
Dua orang dirawat kerana kecederaan di kepala dan kejutan, di Kurnell, kawasan paling teruk terjejas, kata pegawai ambulans.
Penduduk Kurnell - yang menyaksikan kesan bencana itu berkata, bunyi ribut itu tidak ubah seperti kereta api.
“Semuanya musnah,” katanya kepada Sky News.
Rakaman televisyen menunjukkan pokok serta tiang elektrik tumbang, manakala bangunan termasuk loji penyahgaraman rosak teruk dan jalan raya dinaiki air.
Jabatan kaji cuaca mengeluarkan amaran angin kencang, hujan batu dan hujan lebat di Sydney, termasuk lapangan terbang dan Jambatan Pelabuhan Sydney.
“Angin kencang dengan kemungkinan puting beliung membadai Kurnell pada jam 10.30 pagi (waktu tempatan).
“Jarang kemusnahan seteruk ini jika tidak membabitkan puting beliung. Ia digelar ribut petir supersel iaitu antara yang paling bahaya,” kata jurucakap biro kaji cuaca, Michael Logan.
Katanya, kawasan di utara dan barat Sydney bakal terjejas dengan ribut itu apabila ia bergerak menghala ke utara.
Lapangan terbang tetap dibuka, tetapi penerbangan dijangka berdepan penangguhan disebabkan keadaan cuaca. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 Disember 2015 @ 10:47 AM


SEKUMPULAN penduduk berbasikal untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/100668#sthash.fbGrjmvf.dpuf

No comments:

Post a Comment