Search This Blog

Tuesday, December 29, 2015

Sembunyi empat bar emas dalam punggung

Colombo (Sri Lanka): Taktik seorang lelaki cuba menyeludup masuk empat bar emas seberat 400 gram dalam duburnya gagal selepas dia ditahan pihak berkuasa lapangan terbang di sini baru-baru ini.
Seorang jurucakap kastam Sri Lanka berkata, lelaki itu ditahan di Lapangan Terbang antarabangsa Bandaranaike di sini pada 22 Disember lalu selepas dilihat berjalan dengan pelik.
Katanya, pegawai kastam di lapangan terbang terus menahan lelaki itu untuk disoal siasat dan pemeriksaan tetapi tidak menemui sesuatu yang luar biasa.
“Pegawai kastam yang tidak berpuas hati kemudiannya membuat pemeriksaan rapi pada badan lelaki dan akhirnya menemui empat bar emas yang disembunyikan di dalam dubur suspek,” katanya.
Katanya, satu bar emas seberat 100 gram dan nilai keseluruhannya berjumlah £9,400 (RM40,400).
Lelaki itu yang menaiki penerbangan dari Singapura dipercayai tidak mahu mengisytiharkan emas berkenaan kerana enggan membayar cukai.
Menurutnya, lebih 70 suspek ditahan pihak berkuasa pada tahun ini kerana cuba menyeludup emas ke Sri Lanka. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Disember 2015 @ 5:07 AM


GAMBAR menunjukkan seorang lelaki memegang empat bar emas yang setiap satunya seberat 100 gram.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/102966#sthash.zBCulJem.dpuf

No comments:

Post a Comment