Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

Sekolah di LosAngeles dibuka semula



AFP - DUA orang pegawai polis dilihat berada di luar sebuah sekolah yang ditutup di Los Angeles kelmarin.


LOS ANGELES – Sekolah-sekolah di Los Angeles dibuka semula semalam selepas pihak berkuasa memutuskan satu ancaman melalui ­e-mel yang membawa kepada penutupannya sebagai tidak benar.
Tindakan drastik untuk menutup lebih 900 buah sekolah melibatkan seramai 640,000 pelajar kelmarin dibuat sebagai langkah berwaspada susulan serangan berdarah di San Bernardino pada 2 Disember lalu.
“Saya tidak mahu mengambil risiko melibatkan nyawa pelajar,” kata superintendan sekolah, Ramon Cortines. Beliau menguruskan Sekolah Bersepadu Daerah Los Angeles (LAUSD).
Bagaimanapun, Datuk Bandar Los Angeles, Eric Garcetti memberitahu wartawan lewat hari yang sama: “Kami kini boleh mengumumkan bahawa Biro Siasatan Persekutuan telah mengesahkan bahawa ancaman ini tidak benar.”
Menurut LAUSD di laman Twitternya, sekolah-sekolah berkenaan dijadualkan dibuka semula semalam.
Satu ancaman serupa dibuat terhadap sekolah-sekolah di New York tetapi pihak berkuasa di sana menganggap ancaman tersebut sebagai tidak munasabah.
Anggota Kongres California, Brad Sherman memberitahu stesen televisyen CNN bahawa e-mel itu ditulis oleh seorang individu yang mendakwa dirinya pelampau Islam. Individu itu memberitahu, beberapa sera­ngan menggunakan gas saraf akan dilancarkan kelmarin.
"Individu sama berkata, seramai 23 konconya bersedia untuk melakukan serangan itu,” kata Sherman. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3uWaT3vYk 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment