Search This Blog

Thursday, December 17, 2015

Polis rakam keterangan Justo





KUALA LUMPUR – Polis telah selesai merakamkan percakapan bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo (gambar) bagi membantu siasatan berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di sebuah penjara di Bangkok kelmarin.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak­nya sedang menunggu maklum balas daripada pegawainya yang diketuai Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Siasatan/Perundangan), Datuk Amar Singh Ishar Singh.
“Kita telah pun merakam percakapan Justo pada semalam (kelmarin) di sebuah penjara di Bangkok. Oleh itu, saya me­ngucapkan terima kasih kepada pihak polis dan penjara Thailand atas kerjasama.
“Saya menunggu pegawai saya untuk pulang pada hari ini (semalam) untuk mendapatkan maklum balas,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Program Hijau di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=1217&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm#ixzz3uWbvkS2H 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment