Gambar tersebut menunjukkan Modi sedang melihat keadaan jalan raya di Chennai, Tamil Nadu yang ditenggelami banjir menerusi sebuah tingkap berbentuk bulat.
Pengguna media sosial menuduh Biro Informasi Akhbar (PIB) India memalsukan gambar itu sebelum agensi media berkenaan bertindak menggantikan gambar tersebut dengan imej yang menunjukkan Modi sedang memantau keadaan ladang yang dinaiki air yang mana gambar tersebut kelihatan kurang jelas berbanding imej keadaan di Chennai terbabit.
Tidak lama kemudian, pengguna media sosial bertindak memalsukan gambar serupa yang menunjukkan Modi sedang melihat bumi dari tingkap helikopter yang dinaikinya seakan-akan beliau berada di angkasa angkasa lepas atau sedang melihat ikan jerung seperti beliau sedang berada di dalam sebuah kapal selam.
Pejabat Perdana Menteri turut melahirkan rasa terkejut melihat gambar daripada lawatan Modi ke negeri itu diubah, kata seorang pegawai kanan yang tidak mahu dinamakan.
Pegawai PIB kemudiannya dipanggil dan diminta untuk mengukuhkan undang-undang dan peraturan.
"Perdana Menteri tidak akan bertolak ansur dalam hal ini,’’ kata kakitangan lain di pejabat sama yang tidak mahu namanya didedahkan.
Dalam satu kenyataan semalam, PIB melahirkan kekesalan mereka kerana menggabungkan dua keping gambar.
"Perkara ini berlaku kerana kesilapan penilaian dan gambar itu telah dipadam,’’ katanya.